Program khatan di Papar masuki tahun ke-33

27 Jan 2025 • 9:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

PAPAR: Program khatan beramai-ramai tahunan yang telah berlangsung selama 33 tahun di sini terus mendapat sokongan padu masyarakat setempat yang setakat ini memberi manfaat kepada hampir 5,000 kanak-kanak lelaki Islam.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Pantai Manis Datuk Seri Abdul Rahim Ismail berkata program itu bertujuan untuk mendidik murid-murid semasa cuti sekolah mereka, dan terbukti secara konsisten mendapat sokongan daripada ibu bapa, guru, dan sekolah.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata objektif lain penganjuran program itu adalah untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa terutama dalam membayar khitanan anak lelaki mereka di klinik swasta yang kini mencecah lebih RM200 setiap kanak-kanak. Abdul Rahim (kiri) memberi token kepada seorang budak lelaki yang mengambil bahagian dalam program itu.

“Program ini bukan baharu, malah ia dimulakan secara tidak rasmi pada 1993 di mana program ini bermula di masjid sebelum secara rasmi diperkenalkan sebagai program tahunan wajib pada 1994 di bawah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis semasa saya menjadi Adun pada tahun yang sama sehingga 2018.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Saya melihat jumlah peserta program tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun yang mendorong kami untuk meluaskan dan menganjurkan majlis berkhatan secara besar-besaran di bawah pengurusan peringkat DUN Pantai Manis.

“Sehingga kini, seramai 4,719 kanak-kanak lelaki telah mendapat manfaat daripada program ini di mana kami sebagai penganjur menyumbang kira-kira RM150 bagi setiap peserta sambil memberi sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Hospital Papar (Perkip) yang kakitangannya turut membantu kami menganjurkan program tersebut,” katanya. katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Abdul Rahim berkata demikian kepada Harian Ekspres di sini selepas merasmikan program anjuran Gagasan Rakyat bahagian Pantai Manis itu di Kg Sungai Padang di sini, baru-baru ini.

Seramai 77 kanak-kanak lelaki telah mendaftar untuk menyertai program tersebut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, program ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban ibu bapa malah memberi manfaat yang besar kepada peserta.

“Ramai antara mereka yang telah menyertai program itu kini berjaya dalam pelbagai bidang di mana ada yang mendekati saya dan memperkenalkan diri sebagai bekas peserta program yang saya anjurkan sejak pertengahan 1990-an sehingga 2018.

“Ramai di antara mereka ternyata cemerlang kerana ada yang memegang jawatan penting dalam pelbagai sektor termasuk sebagai pegawai tentera berpangkat mejar, hakim mahkamah Syariah, peguam, dan doktor.

“Mereka tetap menghargai pengalaman yang ditimba melalui program ini dan terus mengingati sumbangan daripada program yang mana saya amat berterima kasih dan terharu dengan rasa kesyukuran mereka,” katanya.

“Kami amat terharu apabila bekas peserta masih mengingati kami dan tampil merakamkan ucapan terima kasih. Ini membuktikan usaha yang dilakukan selama ini memberi impak kepada kehidupan mereka,” tambahnya.

Abdul Rahim berkata program itu mendapat permintaan terutama pada cuti sekolah yang panjang di mana ramai yang bertanyakan sesi program seterusnya agar anak lelaki mereka yang masih kecil dapat mengambil bahagian.

“Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan. Kami akan terus komited untuk memastikan program ini terus memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar pada masa hadapan.

“Dengan rekod kejayaan yang terbukti, program ini dijangka terus mendapat tempat istimewa di hati masyarakat dan memberi impak positif kepada generasi akan datang,” katanya.