“Lain Kali Sewa Kren ” – Jurufoto Panjat Bumbung Kereta Sewa di LIMA’25, Pengusaha Beri Teguran

21 May 2025 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan tindakan dua orang jurufoto berdiri di atas bumbung sebuah kereta sewa ketika menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025.

Video tersebut dimuat naik oleh akaun TikTok @kereta_sewa_lgk yang juga merupakan pemilik kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai disewa oleh individu terlibat.

image is not available

Apa yang mencuri perhatian ialah kedua-dua jurufoto tersebut dilihat berkaki ayam sambil berdiri di atas bumbung kenderaan untuk mengambil gambar, tindakan yang jelas tidak bertanggungjawab dan boleh merosakkan kereta.

Pemilik kenderaan itu menegur perbuatan tersebut secara terbuka:

Dalam masa sama, beliau turut berterima kasih kepada pelanggan kerana menyewa keretanya dan mendoakan perjalanan mereka selamat ke destinasi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyelar tindakan biadab tersebut. Rata-rata mengecam sikap jurufoto yang dianggap tidak menjaga adab serta amanah dalam menggunakan barang orang lain.

Ada juga warganet yang tampil memberikan cadangan alternatif untuk mengambil gambar dari sudut tinggi tanpa merosakkan kenderaan seperti menggunakan kren, tangga lipat, monopod, atau dron.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

[VIDEO] Lelaki Ganti Kerusi Myvi Dengan ‘Kerusi Santai’, Netizen - “Ni Healing Sampai Ke Alam Barzakh”