Program Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah Angkat Martabat Warisan, Rai Pelbagai Budaya

LocalEntertainment
26 Oct 2024 • 7:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Muzium Malaysia mengambil insiatif menganjurkan program Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah yang berkonsepkan muzium bersama komunikasi.

Difahamkan, program ini dijadikan sebagai platform dan usaha progresif dalam mengangkat dan memartabatkan pelbagai warisan tradisi, seni, budaya serta sejarah khususnya di Kedah.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A Kasim berkata, program yang berlangsung selama dua hari iaitu dari 25 Oktober 2025 hingga 26 Oktober 2023 turut bermatlamat memperkukuh perpaduan nasional rakyat berbilang kaum.

Ia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi tonggak kekuatan identiti negara Malaysia.

image is not available

Pada tahun ini, tema Muzium dan Komuniti telah diangkat memandangkan ia mempunyai dua entiti yang saling melengkapi antara satu sama lain bagi tujuan pembentukan sahsiah dan jati diri masyarakat.

Keupayaan muzium untuk mempelbagaikan proses penyampaian maklumat dan memberikan pendidikan kepada pelajar dan masyarakat terhadap sejarah, budaya dan masyarakat dalam membentuk identiti serta meningkatkan kesedaran terhadap warisan tempatan.

Pelbagai program giat dilaksanakan seperti Bicara@Muzium, Bermalam di Muzium, IPIM, Ambang Merdeka, Kenali Muzium Kota Kuala Kedah, Sambutan Minggu Perpaduan peringkat Negeri Kedah dan Program outreach ke sekolah-sekolah di Kedah, selain program Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin menyempurnakan program selama dua hari bermula Jumaat anjuran Jabatan Muzium Malaysia menerusi Muzium Kota Kuala Kedah itu.

Hadir sama, Pengarah Kolej Poly Tech Mara, Nor Asmah Said; Timbalan Ketua Pengarah Permuziuman Jabatan Muzium Malaysia, Mohd Razaimi Hamat dan Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri.

image is not available

image is not available

 

image is not available

Pada tahun ini, program terbabit diadakan dengan satu cubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records berpakaian tradisional melayu di perkarangan Muzium Kota Kuala Kedah melibatkan 1000 orang peserta.