Projek ganti paip baharu RM11.19 juta siap tiga bulan awal - Wan Rosdy

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 2:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Projek ganti paip baharu RM11.19 juta siap tiga bulan awal - Wan Rosdy
Wan Rosdy menyempurnakan gimik perasmian Majlis Penyerahan Projek Siap Daerah Maran di LRA Chenor di sini pada Jumaat.
Image from: Projek ganti paip baharu RM11.19 juta siap tiga bulan awal - Wan Rosdy
Wan Rosdy menyempurnakan gimik perasmian Majlis Penyerahan Projek Siap Daerah Maran di LRA Chenor di sini pada Jumaat.

MARAN - Projek penggantian paip bernilai RM11.19 juta bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air bersih dihadapi penduduk khususnya di mukim Chenor di sini berjaya disiapkan tiga bulan lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek tersebut melibatkan penggantian paip lama dan uzur di beberapa kawasan termasuk Kampung Serengkam, Kampung Ulu Luit, Kampung Pejing, Ulu Jempul dan Chenor.

Menurutnya, perkembangan itu sesuatu yang membanggakan kerana dalam pelaksanaan sesuatu projek kerajaan, masa sangat penting.

"Apabila ia dapat siapkan lebih awal, rakyat juga dapat menikmati manfaatnya lebih awal.

"Kita tidak mahu projek hanya siap di atas kertas. Kita mahu projek yang siap itu benar-benar menyelesaikan masalah dan memberi kesan kepada kehidupan rakyat," katanya.

**media[3629165]**

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Majlis Penyerahan Projek Siap Daerah Maran di Loji Rawatan Air (LRA) Chenor di sini pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Ir Zulkiflee Omar.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri melalui PAIP telah melaksanakan Transformasi Air Pahang sejak tahun 2021 bagi menyelesaikan masalah yang sudah lama dihadapi rakyat.

"Kita letakan sasaran yang jelas, iaitu 90 peratus masalah 'blackspot' bekalan air di seluruh Pahang diselesaikan menjelang akhir tahun 2026.

"Alhamdulillah, hari ini kita sudah dapat melihat hasilnya di mana Bentong, Cameron Highlands, Raub dan Kuantan antara daerah yang telah mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.

Tambah Wan Rosdy lagi, daerah-daerah lain juga sedang bergerak ke arah yang sama termasuk Maran.

Sementara itu, PAAB melalui kenyataannya menjelaskan, pelaksanaan projek penggantian paip itu sebahagian daripada usaha strategik memastikan akses kepada bekalan air bersih yang berkualiti dapat dinikmati oleh penduduk secara berterusan sekali gus menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih hampir dua dekad di Maran.

Katanya, projek itu turut menyelesaikan isu paip pecah yang sering berlaku sekaligus mengatasi masalah air tidak berhasil (NRW) serta menstabilkan tekanan bekalan air di daerah berkenaan.

"Secara keseluruhannya, projek ini memberi manfaat secara langsung kepada hampir 10,000 penduduk di Maran sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan sosioekonomi di daerah itu," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved