“Projek Ini Sudah Sampai Ke Penghujungnya” – Pirro Akui Ducati GP26 Tiada Penyelesaian Segera

20 Aug 2026 • 9:53 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: “Projek Ini Sudah Sampai Ke Penghujungnya” – Pirro Akui Ducati GP26 Tiada Penyelesaian Segera

Ducati tidak lagi kelihatan kebal seperti beberapa musim lalu. Selepas 12 perlumbaan MotoGP 2026, masalah pada Desmosedici GP26 masih belum menemui jalan penyelesaian segera dan Michele Pirro sendiri mengakui perkara itu.

Menurut pelumba ujian Ducati itu, karakter GP26 masih berubah mengikut litar. Ada trek yang sesuai, tetapi ada juga seperti Silverstone yang mendedahkan kelemahan jentera Itali tersebut.

“Setiap litar akan menjadi cerita berbeza,” kata Pirro.

Lebih menarik, Ducati kini berdepan dilema besar. Fokus pembangunan sudah semakin beralih kepada projek 2027, apabila MotoGP memperkenalkan enjin 850cc. Prototaip baharu itu sudah diuji di Brno dan akan kembali menjalani ujian selepas GP Austria.

Pirro secara terbuka mengakui projek GP26 kini menghampiri penghujung kitarannya. Ini bermakna Marc Márquez dan rakan sepasukannya mungkin tidak akan menerima evolusi besar yang mampu mengubah nasib Ducati secara drastik.

Namun, Ducati belum menyerah. Pirro percaya Aragon boleh menjadi peluang untuk Márquez kembali menjadi penanda aras, sebelum cabaran lebih sukar menanti di Misano.

Ironinya, ketika pesaing semakin menghampiri, Ducati kini bukan lagi memburu kesempurnaan GP26, mereka sedang membina senjata untuk era 850cc dan itu mungkin menjelaskan mengapa dominasi Ducati pada 2026 semakin retak.

Teruskan bersama Two Wheels..!

The post “Projek Ini Sudah Sampai Ke Penghujungnya” – Pirro Akui Ducati GP26 Tiada Penyelesaian Segera appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved