“Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya, Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas” – Datuk Bandar Subang Jaya

2 Apr 2025 • 3:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, projek pembangunan yang sedang dijalankan berhampiran lokasi kebakaran di Putra Heights, semalam, sudah pun mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Projek perumahan mendapat kelulusan

Menurut Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim, projek tersebut tidak berada dalam Rizab Laluan (ROW) Petronas serta sudah diberikan kelulusan dan kebenaran merancang pada tahun 2022.

image is not available

Projek itu melalui proses kelulusan yang sewajarnya, termasuk mendapatkan kebenaran daripada pihak Petronas untuk menggunakan ROW bagi laluan Indah Water Konsortium (IWK). Kontraktor yang terbabit juga antara panel yang diluluskan oleh IWK dan PETRONAS.

Menjawab dakwaan yang tersebar di media sosial mengenai tidak mendapat kelulusan meneruskan projek, Amirul Azizan berkata pihaknya tidak akan memberi sebarang respon susulan siasatan kes masih di dalam proses serta dijalankan oleh Petronas, polis dan pihak berkuasa berkaitan.

Patuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan

Buat masa ini, apa yang tersebar di media sosial bukanlah kenyataan rasmi.

image is not available

Dalam pada itu, Datuk Bandar berkenaan mengakui bahawa projek perumahan itu sepatutnya dijalankan pada Disember tahun lalu tetapi alami kelewatan kerana masih dalam proses mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Projek itu mematuhi segala syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

image is not available 1 day ago

Insiden Letupan Paip Gas Di Putra Heights, KPM Salur Bantuan RM1,000 Kepada Murid & Warga KPM Terjejas