Projek sekolah daif siap 310 hari lebih awal

20 Aug 2026 • 5:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Projek sekolah daif siap 310 hari lebih awal

JERANTUT – Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1, di sini, berjaya disiapkan 310 hari lebih awal daripada jadual asal, membolehkan murid menikmati kemudahan pembelajaran lebih selesa.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek bernilai RM7.99 juta itu siap lebih awal tanpa sebarang lanjutan masa, sekali gus mencerminkan pencapaian baik dalam pelaksanaan projek kerajaan.

Menurutnya, projek yang bermula pada 13 Januari 2025 itu siap sepenuhnya pada 26 Jun lalu, berbanding tarikh asal yang ditetapkan iaitu 2 Mei 2027.

“Kualiti projek pun terbaik kepada warga sekolah, termasuk murid berkeperluan pendidikan khas,” katanya sempena Majlis Penyerahan Projek Ahead Of Time Pembinaan Semula Bangunan Daif di SK Felda Kota Gelanggi 1, di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diterima, seramai 17 murid berkeperluan pendidikan khas akan mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan menerusi projek berkenaan.

Tambahnya, terdapat beberapa lagi projek pembinaan dan naik taraf bangunan daif di Pahang yang sedang dilaksanakan dan pihaknya berharap projek-projek berkenaan turut dapat disiapkan lebih awal daripada jadual. – KOSMO! ONLINE

The post Projek sekolah daif siap 310 hari lebih awal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved