Projek Wi-Fi IPTA siap 76 peratus – Nie Ching

LocalTechnology
3 Oct 2026 • 7:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Projek Wi-Fi IPTA siap 76 peratus – Nie Ching

SEBERANG PERAI – Sebanyak 408 daripada 538 lokasi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terlibat dalam Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) Wi-Fi kini telah dilengkapi kemudahan itu, sekali gus merekodkan tahap pelaksanaan 76 peratus setakat September lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, baki lokasi yang masih dalam proses pemasangan dijangka diselesaikan secara berperingkat sebelum keseluruhan projek bernilai RM634.1 juta itu siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Menurutnya, dua fasa awal projek berkenaan masing-masing membabitkan 14 IPTA serta 177 lokasi termasuk institusi latihan kemahiran di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah diselesaikan.

“Ketika ini kita sedang menyelesaikan untuk Fasa 3 membabitkan 206 lokasi dengan 80 lokasi atau 39 peratus daripadanya telah selesai.

“Untuk Mara pula, 106 daripada 110 lokasi telah siap selain 31 institusi latihan di bawah Kesuma telah siap kesemuanya setakat ini,” katanya selepas melakukan lawatan ke Projek Liputan Wi-Fi IPTA di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Mengulas mengenai pelaksanaan projek di USM, Nie Ching berkata, sebanyak 1,103 titik akses menerusi Fasa 2 telah mula beroperasi sejak Julai tahun lalu, sebelum tambahan 822 titik akses di bawah Fasa 3 diaktifkan pada 18 September lalu.

Katanya, perkembangan itu menjadikan keseluruhan 1,925 titik akses kini beroperasi di USM bagi kedua-dua fasa berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

The post Projek Wi-Fi IPTA siap 76 peratus – Nie Ching appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved