51 projek sakit, 6 projek perumahan terbengkalai di Perak

8 Sep 2026 • 4:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 51 projek sakit, 6 projek perumahan terbengkalai di Perak

IPOH – Sebanyak 51 projek sakit dan enam projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di Perak mengikut data rasmi di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, mengikut takrif JPN, projek sakit ialah projek yang lewat melebihi 30 peratus berbanding kemajuan sepatutnya atau telah melepasi tempoh perjanjian jual beli.

Tambahnya, projek terbengkalai pula berada pada tahap lebih serius, antaranya apabila tiada aktiviti pembinaan yang ketara selama enam bulan secara berterusan dan kemudiannya disahkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).

Katanya, ada projek bermasalah kerana kewangan, masalah tanah, kontraktor, utiliti, infrastruktur atau syarat teknikal.

“Selalunya satu projek mempunyai beberapa masalah yang saling berkait. Sebab itu kita gunakan pendekatan secara berasingan dan cuba mengenal pasti punca sebenar,” katanya semasa menjawab soalan Dr. Najihatussalehah Ahmad (PN-Bota) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Jelasnya, kerajaan negeri memainkan peranan kerana banyak isu yang menentukan sama ada projek boleh bergerak semula atau tidak adalah melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tanah, infrastruktur, utiliti dan agensi negeri.

“Kerajaan negeri tidak mengambil alih tanggungjawab pemaju. Tanggungjawab menyiapkan projek tetap pada pemaju.

“Peranan kita ialah memastikan perkara yang boleh diselesaikan melalui kuasa dan penyelarasan kerajaan tidak menjadi sebab projek terus tersekat dan pembeli terus menunggu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 51 projek sakit, 6 projek perumahan terbengkalai di Perak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved