Promo 2.2: iPhone 15 dan 15 Plus dijual dari serendah RM3999

Digital
2 Feb 2024 • 12:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Siri iPhone 15 Pro sememangnya sebuah peranti yang sangat mahal. Tetapi jika anda mahu memiliki iPhone yang ada Dynamic Island, pilihan termurah adalah dengan iPhone 15. Sempena Jualan Tahun Baru Cina, anda boleh mendapatkan iPhone 15 dari serendah RM3,999.

Jualan kilat sehari pada 2 Februari di Stor IT World di Lazada, memberikan diskaun RM400 untuk barisan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus. Potongan harga ini merangkumi 3 pilihan storan dari 128GB hingga 512GB, serta lima pilihan warna iaitu hitam, biru, hijau, kuning dan merah jambu.

image is not available

iPhone 15

Telefon termurah iPhone yang memiliki teknologi Dynamic Island iaitu iPhone 15, kini boleh dibeli dengan diskaun RM400. Varian terendah 128GB dijual pada harga RM3,999 sahaja. Manakala storan terbesar 512GB, boleh dibeli pada harga RM5,499.

image is not available
Potongan harga RM400 untuk iPhone 15

iPhone 15 Plus

Model Plus memberikan skrin lebih besar dan hayat bateri lebih panjang berbanding iPhone 15. Ia kini dijual dengan diskaun RM400 untuk semua jenis storan dari serendah RM4,499 untuk storan 128GB, sehingga RM5,999 bagi storan 256GB.

image is not available
Potongan harga RM400 untuk iPhone 15 Plus

Tawaran ini terdapat di kedai IT World di Lazada. Walaupun menyenaraikan kesemua 5 warna untuk iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, ia masih tertakluk kepada ketersediaan stok. Dari tinjauan kami, ada warna yang sudah kehabisan stok. Selain itu, penghantaran juga akan dibuat dalam tempoh 7-hari selepas tempahan.

Semua iPhone 15 dan iPhone 15 Plus di Malaysia datang dengan satu tahun jaminan. Jika mahu jaminan lebih panjang, jangan lupa dapatkan Apple Care+ yang kini tersedia untuk iPhone di Malaysia.

Bacaan berkaitan