Promo 2.2: iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max ada diskaun lebih RM500

Digital
2 Feb 2024 • 11:12 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Mencari iPhone yang murah bukan lagi satu angan-angan. Jika dahulu Apple terkenal dengan harga jualan semula yang tinggi, kini pengguna Apple tidak boleh mendabik dada sebegitu lagi. Ini kerana harga iPhone terbaru sudah ada banyak diskaun seperti telefon Android lain.

Jika anda mahu membeli iPhone 15 Pro atau iPhone 15 Pro Max sekarang, anda boleh mendapatkan diskaun melebihi RM500 sempena jualan Tahun Baru Cina. Hanya pada hari ini, 2 Februari 2024, Lazada mengedakan jualan kilat pelbagai produk termasuk siri iPhone 15 Pro.

iPhone 15 Pro

Mereka yang berminat, boleh mendapatkan iPhone 15 Pro dari serendah RM5,098 dengan storan 128GB, diskaun sebanyak RM401 dari harga asal. Jika anda mahu storan terbesar 1TB, ia boleh dibeli pada harga RM7,498 iaitu potongan harga sebanyak RM501.

image is not available
Potongan harga RM501 untuk iPhone 15 Pro 1TB

  • iPhone 15 Pro 128GB RM5,499 RM5,098
  • iPhone 15 Pro 256GB RM5,999 RM5,558
  • iPhone 15 Pro 512GB RM6,999 RM6,599
  • iPhone 15 Pro 1TB RM7,999 RM7,498

iPhone 15 Pro Max

Kalau mahu skrin dan bateri lebih besar iaitu iPhone 15 Pro Max, diskaun RM501 diberikan untuk semua jenis storan. Bagi model terendah iaitu storan 256GB, ia kini boleh dibeli pada harga RM5,998 sahaja berbanding harga asal RM6,499. Manakala storan terbesar yang dilancarkan berharga RM8,499, boleh dibeli pada harga RM7,998.

image is not available
Potongan harga RM501 untuk iPhone 15 Pro Max

  • iPhone 15 Pro Max 256GB RM6,499 RM5,998
  • iPhone 15 Pro Max 512GB RM7,499 RM6,998
  • iPhone 15 Pro Max 1TB RM8,499 RM7,998

Tawaran untuk kedua-dua model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max terdapat di Stor Pengedar Sah Apple di Lazada LazMall. Bayaran ansuran bulanan sehingga 36 bulan juga ada disediakan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Bacaan Berkaitan