Promo: Diskaun sehingga RM1,320 untuk iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max

TechnologySales & Promo
25 Jun 2025 • 7:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan iPhone baharu, sekarang mungkin masa paling sesuai. Ini adalah kerana, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini ditawarkan dengan diskaun ketara, sehingga RM1,320.

iPhone 16 Pro yang sebelum ini dijual pada harga RM4,999 kini ditawarkan serendah RM3,719, iaitu penjimatan sebanyak RM1,280. Ini malah lebih murah berbanding iPhone 16 128GB yang berharga RM3,999.

Sementara itu, iPhone 16 Pro Max menerima potongan harga lebih besar iaitu RM1,320. Berbanding harga asal RM5,999 untuk model 256GB, anda kini boleh dapatkannya pada harga RM4,679, tentunya tertakluk sementara stok masih ada.

Diskaun ini ditawarkan untuk semua varian storan iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. Ia boleh didapati melalui stor rasmi TMT Thunder Official Store, dan harga promosi tersebut boleh dinikmati dengan menggunakan baucar yang disediakan di Shopee.

Kelihatan promosi ini berjalan dalam masa terhad. Jadi jika berminat, anda boleh dapatkan kedua-dua iPhone dengan harga diskaun melalui pautan di bawah.

iPhone 16 Pro

  • iPhone 16 Pro 128GB RM3,719 (harga asal: RM4,999)
  • iPhone 16 Pro 256GB RM4,209 (harga asal: RM5,499)
  • iPhone 16 Pro 512GB RM5,219 (harga asal: RM6,499)

iPhone 16 Pro

  • iPhone 16 Pro Max 256GB RM4,679 (harga asal: RM5,999)
  • iPhone 16 Pro Max 512GB RM5,679 (harga asal: RM6,999)