[PROMO] Harga iPhone 14 Plus turun ke paras harga iPhone 14 pada 25 May 2023

Digital
25 May 2023 • 12:17 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Promosi produk Apple kembali, kini berlangsung pada 25 Mei 2023.

Pelbagai barisan produk diberikan potongan harga sehingga RM850 untuk waktu terhad. Berikut adalah produk-produk yang terlibat:

Sekiranya anda berminat untuk sambar promosi ini, anda boleh pergi ke gedung Machines Lazada/Shopee.

Promo iPhone 14 & iPhone 14 Plus

Kedua-dua iPhone 14 Pro Max dan iPhone 14 Pro menerima potongan harga RM550 oleh Machines daripada harga asal. Misalnya, harga iPhone 14 128GB kini menjadi RM3,649. Harga iPhone 14 Plus pula agak menarik, iPhone 14 Plus 128GB harga promosinya adalah hampir sama dengan harga asal iPhone 14 iaitu RM4,199.

Makanya, kalau anda ada bajet untuk iPhone 14, apa salahnya anda pergi ke iPhone 14 Plus.

Dengan sedikit tambahan, anda beroleh telefon dengan skrin lebih besar dengan hayat bateri lebih panjang. Lain-lain manfaat adalah sama antara keduanya seperti panel paparan Super Retina XDR Display OLED dengan kepadatan piksel 460 ppi tanpa lubang Dynamic Island seperti variasi Pro.

image is not available

Yang kurang menarik dengan barisan iPhone 14 & 14 Plus adalah ia masih gunakan cip A15 Bionice, sama dengan iPhone 13 dulu. Di bahagian belakang, anda terima kamera utama 12MP dan kamera ultralebar 12MP. Kamera selfie adalah 12MP.

image is not available

Untuk pengetahuan anda, Switch turut adakan promosi yang sama di Lazada/Shopee tapi rata-rata penawaran mereka adalah RM50 rendah daripada yang ditawarkan Machines.