[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

Digital
25 May 2023 • 2:53 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Promosi produk Apple kembali, kini berlangsung pada 25 Mei 2023.

Pelbagai barisan produk diberikan potongan harga sehingga RM850 untuk waktu terhad. Berikut adalah produk-produk yang terlibat.

Sekiranya anda berminat untuk sambar promosi ini, anda boleh pergi ke gedung Machines ataupun Switch di pautan berikut:

Promo iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11

iPhone 13 menggunakan SoC yang sama macam iPhone 14 dan iPhone 14 Plus. Jadi anda boleh jangkakan prestasi yang hampir serupa. Kekurangan iPhone 13 berbanding iPhone 14 adalah seperti:

  • teras GPU lebih sedikit (4 vs 5)
  • RAM 4GB vs 6GB
  • Tiada mode Cinematic
  • Tiada teknologi Photonic Engine

Machines menawarkan iPhone 13 pada harga serendah RM3,099 untuk variasi 128GB manakala Switch RM100 lebih tinggi iaitu pada RM3,199.

image is not available

image is not available

Buat anda yang memiliki bajet bawah RM3,000 dan masih ingin menggayakan produk Apple, iPhone 12 dan 11 boleh anda dapatkan pada harga serendah RM1,999. Machines tawarkan iPhone 11 64GB pada harga itu tapi pengguna tidak disarankan untuk dapatkan 64GB kerana storannya terlalu kecil, sekurang-kurangnya dapatkanlah yang 128GB untuk lebih ruang penyimpanan.

Sekiranya anda inginkan perkakasan yang sedikit lebih baharu, iPhone 12 bolehlah dipertimbang pada harga bermula RM2,749.