[PROMO] Harga iPhone 14 Pro Max & 14 Pro turun sebanyak RM450 pada 25 Mei 2023, lekas sambar

Digital
25 May 2023 • 12:17 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Promosi produk Apple kembali, kini berlangsung pada 25 Mei 2023.

Pelbagai barisan produk diberikan potongan harga sehingga RM850 untuk waktu terhad. Berikut adalah produk-produk yang terlibat:

Sekiranya anda berminat untuk sambar promosi ini, anda boleh pergi ke gedung Switch Lazada/Shopee.

Promo iPhone 14 Pro Max & iPhone 14 Pro

Kedua-dua iPhone 14 Pro Max dan iPhone 14 Pro menerima potongan harga RM450 daripada harga asal. Misalnya, harga 14 Pro Max 128GB kini menjadi RM5,399 ataupun cuma RM100 lebih mahal daripada 14 Pro 128GB. Jadi kalaulah anda ada bajet untuk Pro, apa kata tambah saja sedikit untuk dapatkan variasi Pro Max.

Dengan sedikit tambahan, anda beroleh telefon dengan skrin lebih besar dengan hayat bateri lebih panjang. Lain-lain manfaat adalah sama antara keduanya seperti panel paparan Super Retina XDR Display OLED dengan kepadatan piksel 460 ppi dan ada lubang Dynamic Island.

image is not available

Mereka turut diperkasa cip A16 Bionic dan berkongsi spesifikasi kamera yang sama, berpacuan Photonic Engine. Di bahagian belakang, anda terima kamera utama 48MP dan tiga kamera 12MP masing-masing untuk ultralebar, 2x telefoto, dan 3x telefoto. Kamera selfie adalah 12MP.

image is not available

Untuk pengetahuan anda, Machines turut adakan promosi yang sama di Shopee tapi rata-rata penawaran mereka adalah RM50 lebih tinggi daripada yang ditawarkan Machines.