Proses naik pangkat dipermudah tingkatkan profesionalisme PDRM

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 8:57 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Proses naik pangkat dipermudah tingkatkan profesionalisme PDRM

PETALING JAYA: Setiap penambahbaikan terhadap kemajuan kerjaya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan impak positif terhadap motivasi, moral serta profesionalisme pegawai dan anggota dalam melaksanakan tanggungjawab diberikan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, oleh itu pihaknya menyambut baik kaedah baharu proses kenaikan pangkat warga pasukan itu yang dijangka memberi nafas baharu terhadap perkembangan kerjaya pegawai dan anggota.

Katanya, perkembangan itu amat dinantikan seluruh warga PDRM selain mencerminkan perhatian kerajaan terhadap mereka yang memikul amanah menjaga keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam

“Komitmen kerajaan ini menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga PDRM untuk terus memperkukuh integriti dan meningkatkan profesionalisme.

“Ia sekali gus memberikan perkhidmatan kepolisian terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, PDRM akan menunggu pengumuman lanjut berhubung kaedah baharu itu dan memberi komitmen untuk bekerjasama dalam pelaksanaan langkah berkenaan.

“Bagi pihak seluruh warga PDRM, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) serta seluruh kepimpinan kerajaan Malaysia.

“Ini kerana  perhatian dan keprihatinan yang diberikan terhadap pembangunan serta kemajuan kerjaya warga pasukan keselamatan negara,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, proses kenaikan pangkat warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta PDRM akan dipermudah dan dipercepatkan supaya lebih hampir setara dengan skim perkhidmatan awam lain.

Anwar dilapor berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, kini sedang giat meneliti mekanisme pelaksanaan perkara itu. – UTUSAN

The post Proses naik pangkat dipermudah tingkatkan profesionalisme PDRM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved