Protes calon PRN perkara biasa - Pas

Politics
28 Jul 2023 • 7:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, beberapa penyokong Pas di kawasan DUN Gual Periok sepakat menurunkan bendera parti itu selepas nama penyandang kerusi kawasan berkenaan, Datuk Mohamad Awang atau Ustaz Mad dilaporkan tidak tercalon pada PRN 12 Ogos depan. Gambar kecil: Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berpendapat protes calon yang berlaku pada pilihan raya negeri (PRN) adalah perkara biasa.

Beliau berkata, di mana-mana pun akan ada rasa tidak puas hati.

"Kita ambil majoriti. Alhamdulillah bagaimanapun akhirnya dapat diselesaikan," katanya pada sidang akhbar ketika ditemui pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, beliau yakin, PN akan menyapu bersih 45 kerusi DUN di negeri ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, beberapa penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok sepakat menurunkan bendera parti itu selepas nama penyandang kerusi kawasan berkenaan, Datuk Mohamad Awang atau Ustaz Mad dilaporkan tidak tercalon pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Wakil penyokong, Zakaria Omar, 60, berkata, tindakan itu sebagai tanda protes selepas tokoh berkenaan dikatakan bakal diganti oleh calon yang berada di luar Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: