Proton Akan Perkenal Stesen Pengecas EV Berjenama e.MAS Tidak Lama Lagi

LocalCars
19 Aug 2026 • 11:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Proton Akan Perkenal Stesen Pengecas EV Berjenama e.MAS Tidak Lama Lagi

Proton melalui PRO-NET kini mengumumkan kerjasama dengan beberapa penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan, dalam usaha untuk memperkenalkan stesen pengecas kenderaan elektrik berjenama e.MAS. Untuk tujuan ini, PRO-NET mengumumkan kerjasama dengan DC Handal, JomCharge, dan ChargeEV.

Image from: Proton Akan Perkenal Stesen Pengecas EV Berjenama e.MAS Tidak Lama Lagi

PRO-NET menyatakan akan perkenalkan stesen pengecas EV berjenama e.MAS bermula suku ketiga 2026 ini, dengan beberapa destinasi popular di seluruh negara. Fokus awal akan lebih kepada lokasi strategik dengan trafik tinggi. PRO-NET turut menyatakan pemilik e.MAS boleh melakukan terus pembayaran melalui aplikasi Proton e.MAS, dan menikmati diskaun tambahan.

Untuk makluman, pada hari ini, aplikasi Proton e.MAS sedia mengintegrasikan lebih 4,700 titik pengecasan di seluruh negara melalui kerjasama strategik dengan pelbagai penyedia perkhidmatan. Dengan pengenalan stesen pengecas tersendiri, ia akan terus memudahkan lagi urusan pengguna kenderaan elektrik, terutamanya Proton e.MAS.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi stesen pengecas kenderaan elektrik berjenama e.MAS tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved