Proton e.MAS 5 Rasmi di Singapura

WorldCars
11 May 2026 • 10:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Proton e.MAS 5 Rasmi di Singapura

Proton e.MAS 5 Rasmi di Singapura

Pada 9 Mei lalu, Proton e.MAS 5 melakar sejarah baru selepas ia rasmi dalam pasaran Singapura.

Ia dirasmikan dalam Car Expo 2026 dan sudah boleh mula ditempah dengan hanya $5,000 sahaja.

Vincar Group menjadi pengedar rasmi untuk Proton e.MAS 5 di Singapura.

Proton e.MAS 5 Mula Dijual di Singapura

Hanya varian Premium yang memasuki pasaran Singapura dengan jaminan bateri selama 10 tahun.

Harga jualan bagi pasaran Singapura adalah $159,988 (RM494,525) termasuk jaminan Sijik Pemilikan (COE).

Baca juga:

Selain itu, pembeli juga akan menerima data roaming selama 5 tahun merentasi Singapura dan Malaysia.

Untuk spesifikasi, pasaran Singapura menerima model yang sama dengan yang dijual di Malaysia.

Kapasiti bateri 40.16kWh dengan jarak gerak sejauh 325km(WLTP) untuk sekali cas penuh.

Ia juga menyokong pengecasan AC 6.6kW dan 71kW untuk pengecasan DC (30-80% hanya 21 minit).

Untuk dalam kabin ia dilengkapi dengan 14.6 inci infotainment skrin dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto.

Pilihan warna yang ada pula adalah Moonstone White, Graphite Silver,Slate Grey, Marble Cream dan Quartz Rose.

View Original Article