PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

LocalTechnology
16 Dec 2024 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.

Majlis pelancaran itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr.Li Chunrong dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, Jerry Gan.

image is not available

Untuk makluman anda, Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian:

• e.MAS 7 PRIME – RM109,800

• eMAS 7 PREMIUM – RM123,800

image is not available

Bagaimanapun, sempena pelancaran e.MAS 7, harga di atas berbeza untuk 3,000 pelanggan TERAWAL yang menempah e.MAS 7.

Berikut adalah harga sempena pelancaran e.MAS 7:

e.MAS 7 PRIME – RM105,800

e.MAS Premium - RM119,800

image is not available

Untuk makluman, Proton e.MAS 7 dibangunkan berdasarkan platform Global Modular Architecture (GMA).

Dari segi dimensi, ia berukuran panjang 4,615 mm, lebar 1,901 mm, tinggi 1,670 mm, dan jarak roda 2,750 mm.

Menyentuh mengenai trenkuasa, model SUV elektrik ini dilengkapi motor elektrik depan yang menghasilkan kuasa 160 kW (218 PS) dan tork 320 Nm.

image is not available

Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat manakala kelajuan maksimumnya adalah 175 km/j.

image is not available

Varian e.MAS 7 Prime dilengkapi dengan versi 49.52 kWj yang menawarkan jarak gerak sejauh 345 km, manakala emas 7 Premium mendapat pek 60.22 kWj dengan jarak mencecah 410 km.

Untuk pengecasan, e.MAS 7 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium – kedua-duanya memerlukan 20 minit untuk pengecasan dari 30% hingga 80%.

Bagi pengecasan AC 11 kW, ia boleh mengecas bateri dari 30% hingga 80% dalam 4.9 jam untuk Prime dan 6.1 jam untuk Premium.

image is not availableimage is not available

Ciri teknologi

Bercakap mengenai ciri-ciri teknologi pada model EV ini, ia menawarkan pelbagai ciri seperti paparan infotainmen bersaiz 15.4 inci, kluster instrument 10.2 inci, . Sistem Audio FlyMe Auto WANOS, 6 beg udara dan Vehicle to Load.

Dari segi keselamatan pula, e.MAS 7 dilengkapi dengan ciri standard seperti berikut:

• Intelligent Cruise Control (ICC)

• Adaptive Cruise Control (ACC)

• Automatic Emergency Braking (AEB)

• Forward Collision Warning (FCW)

• Dynamic Brake Support (DBS)

• Lane Departure Warning (LDW)

• Lane Departure Prevention (LDP)

• Emergency Lane Keeping Assist (ELKA)

• Rear Collision Warning (RCB)

• Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

• Rear Cross Traffic Braking (RCTB)

• Lane Change Assist (LCA)

• Blind Spot Detection (BSD)

• Door Open Warning (DOW)

• Traffic Sign Identification (TSI)

image is not available

Bagaimanapun varian Prime tidak didatangkan dengan beberapa ciri seperti bumbung panaromik, pintu belakang berkuasa, shutter gril aktif, radar depan, kerusi penumpang depan jenis berkuasa, berventilasi, tiada lampu ambien, HUD 13.8 inci dan tiada juga 16 speaker.

Bagi yang berminat, Proton e.MAS 7 didatangkan dalam warna: Platinum Silver, Turquoise Green, Slate Gray, Quartz Rose & Lithium White.

Selain itu, pembeli e.MAS 7 bakal menerima waranti kenderaan selama enam tahun tanpa had perbatuan dan juga waranti bateri dan komponen selama lapan tahun dengan had perbatuan sehingga 160,000KM.

Selain itu, pembeli juga bakal menerima pakej seperti:

-Pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500

-Adaptor Vehicle-2-Load (V2L) bernilai RM500

-Pembiayaan dengan kadar faedah terendah dari 1.98%

-Lima tahun data internet tanpa had BERNILAI RM1,800

-Tawaran rebate trade-in pemilik Proton bernilai dari RM1,200