Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

LocalCars
2 Apr 2026 • 8:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dominasi jenama Proton e.MAS dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia semakin tidak tergoyah. Berdasarkan data terbaharu yang dikongsi PRO-NET, jenama itu kini memegang status sebagai Jenama EV No.1 di Malaysia, di mana satu daripada setiap dua EV yang dijual di negara ini tahun ini adalah daripada siri Proton e.MAS.

Mengambil momentum kejayaan tersebut, PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV. Warna ini menyertai barisan sedia ada bagi memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan imej lebih premium dan moden.

Harga Kompetitif & Nilai Jangka Panjang

Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET,  Salawati Yusoff berkata, pihaknya melihat sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 7 PHEV.

"Jadi, kami teruja untuk memperkenalkan warna baharu, Emerald Green sebagai warna tambahan dalam barisan ini. Ia bukan sahaja memberi lebih pilihan kepada pelanggan, malah menyerlahkan lagi reka bentuk moden serta identiti model elektrik ini," katanya.

Kenapa Proton e.MAS 7 PHEV Jadi Pilihan Utama?

Selain faktor estetik, kekuatan sebenar model ini terletak pada sistem pacuan Teknologi Hibrid EM-i yang sangat efisien. Berikut adalah ringkasan teknikal yang menjadikannya 'RAJA EV" di jalan raya Malaysia:

Ciri UtamaSpesifikasi & KelebihanSistem PacuanEnjin 1.5L Hibrid + Transmisi 11-dalam-1 (DHT)PrestasiKuasa 160 kW / Tork 262 NmKecekapan Haba46.5% (Antara yang tertinggi di dunia)Penggunaan Bahan ApiSerendah 4.3 Liter / 100kmKos ServisDi bawah RM8,000 untuk tempoh 10 tahunTeknologi Pintar EM-i: Pemanduan Elektrik Tanpa 'Range Anxiety''image is not available

Sistem hibrid EM-i membolehkan kenderaan bertukar mod secara automatik antara EV, Seri, dan Selari.

Untuk pemanduan bandar, e.MAS 7 PHEV berfungsi seperti kenderaan elektrik penuh (EV mode), manakala untuk perjalanan jauh ke luar kota, enjin akan bertindak sebagai penjana elektrik atau memacu roda secara terus apabila diperlukan. Ini memberikan kecekapan keseluruhan sehingga 92.5%, mengurangkan kehilangan tenaga secara drastik berbanding sistem konvensional.

Tempahan Dibuka Sekarangimage is not available

Warna Emerald Green kini tersedia sebagai pilihan kekal dan pelanggan boleh mula membuat tempahan hari ini melalui:

Laman Web Rasmi: Proton e.MAS.

Rangkaian Pengedar: Lebih 50 lokasi sah di seluruh Malaysia (Zon Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur, dan Sabah/Sarawak).

Dengan kenaikan kos bahan api yang tidak menentu, kehadiran model PHEV dengan kos penyelenggaraan yang setanding EV ini dilihat sebagai solusi paling bijak bagi pemandu Malaysia yang mahu beralih ke mobiliti hijau tanpa kompromi.