Proton X50 Sport Edition, Hanya Ada 1,000 Unit

LocalCars
13 Jan 2025 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

Proton mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan Proton X50 Sport Edition secara dalam talian pada 16 Januari ini.

image is not available

Proton turut mengesahkan bahawa varian terhad ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 1,000 unit.

Menyingkap kembali mengenai model ini, ia dibangunkan berdasarka varian 1.5T Premium dan masih mengekalkan enjin tiga silinder 1.5 liter turbo.

Ia dipadankan dengan transmisi DwiCekam tujuh kelajuan (7-DCT), dimana ia mampu mengeluarkan kuasa setakat sebanyak 150 PS dan tork 226 Nm.

image is not availableimage is not available

Memandangkan model terhad ini berasaskan varian 1.5T Premium, ia bukan sahaja cukup sporty tetapi hadir dengan kit badan agresif yang terdiri daripada splitter depan merah, skirt sisi, dan spat belakang

Tidak ketinggalan, kereta ini juga hadir dengan kemasan berwarna hitam pada bahagian keliling gril dan garnish pintu belakang, dan ada juga warna merah yang sebenarnya menonjolkan lagi elemen sporty.

image is not available

Buat masa ini, harganya masih belum didedahkan namun Proton Proton X50 RC 1.5T Premium 2024 ditawarkan pada harga RM101,800.

image is not available

Apapun, kita tunggu pengumuman Proton nanti menerusi penstriman langsung di saluran media sosial Facebook, TikTok, dan juga YouTube bermula 9 malam pada 16 Januari ini.