Proton X70 (2025): Ini 6 perkara yang perlu anda tahu

Cars
2 Aug 2024 • 12:08 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Proton X70 sudah pun berusia lebih 5 tahun. Mereka perlu lakukan sesuatu sebelum model ini lemau dan benar, mereka ada Proton X70 (2025).

Sewaktu ia diperkenalkan dalam tahun 2018 dulu, ramai yang persoalkan kenapa tatacara penamaannya telah berubah. Mana tidaknya, daripada Saga, Wira, Satria, Putra, kini menjadi X70.

image is not available

Namun selepas 5 tahun, ini adalah SUV segmen-C paling laku keras untuk 4 tahun berturut-turut daripada 2019, 2020, 2021, dan 2022. Berbalik kepada Proton X70 (2025), kami telah dijemput untuk lihat sendiri secara dekat apakah perubahan yang dibawakan mereka untuk kekal relevan dalam pasaran.

image is not available

Ini adalah 6 perkara perlu anda tahu tentang Proton X70 (2025)

Lampu dan gril baharu

Yang pertama kami perasan adalah rekaan lampu yang lebih segar. Garisan DRL lebih runcing nampakkan mukanya lebih garang berbanding sebelumnya.

image is not available

Lampu baru tu juga disertai oleh rekaan gril baharu. Rekaan kali ini selari dengan rekaan S70 dan X90 dan katanya masih kekalkan tema unlimited weave. Grill udara kali ini lebih menegak berbanding model lama yang mengikut kontur kereta.

image is not available

Belakang lebih sporty

Malangnya tiada perubahan besar perubahan boleh diperhatikan di bahagian belakang. Sepasang lampu brek sama saiz seperti sebelumnya mengapit logo proton dengan lampu ketiga berada di bahagian atas dan bawah.Tapi, memang ada perubahan berlaku di belakang iaitu bumper.

image is not available

Trim hitam plastik X70 (2025) lebih luas permukaannya dan lebih tinggi. Daripada belakang, anda akan nampak bahagian hitam lebih banyak daripada berwarna kalau bandingkan dengan model lama. Kesannya ia nampak lebih sporty.

image is not available

Kemudian, di bumpar juga ada rekaan macam seperti wind diffuser bersirip melintang. Kereta nampak lebar dan berikan lebih banyak bentuk geometri.

Rekaan rim baharu

Proton mengguna pakai kemasa dwitona. Varian Executive mengguna pakai saiz 18" sementara Premium dan Premium X diberikan saiz 19".

image is not available

Android Auto, Apple CarPlay & Stereng Baharu

Perkara paling menarik ialah sistem inforia baharu. Skrin kali ini lebih besar pada 12.3". Ia juga jenis terapung mirip X50. X70 yang lama ada skrin 7" je. Satu berita baik untuk pengguna, kali ini Proton katakan yang ia bakal menyokong Android Auto tapi dalam kemas kini akan datang.

image is not available

Anda juga akan nampak stereng baharu dengan bahagian bawah rata. Saya suka rekaan ini kerana ia mudahkan pemandu untuk keluar tanpa kaki tersangkut di bahagian bawah stereng. Satu lagi ciri kecil ialah lampu RGB di bahagian penumpang depan. Kecil sahaja, tidaklah meliputi keseluruhan kabin.

ADAS Level 2

Proton X70 (2025) dapat sistem ADAS baharu yang mirip Proton S70. Antara ciri baharu yang ditambah kepada ciri sedia ada adalah seperti Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go. Ia juga boleh cam papan tanda isyarat.

image is not available

Untuk kekal dalam laluan, ia ada Lane Depature Warning, Lane Departure Prevention, Lane Centering Control. Untuk amaran daripada belakang, ia ada Rear Collision Warning dengan Rear Cross Traffic Alert.

image is not available

Enjin dan transmisi lama

Perkara terakhir yang nak saya kongsikan adalah bahagian enjin dan transmisi adalah sama. Merentasi varian, Proton berikan enjin 1.5L TGDI dengan kekotak transmisi DCT 7 kelajuan. Ia hasilkan kuasa pada paras 130kW dengan tork setinggi 255Nm.

image is not available

Tapi mereka masih umumkan peningkatan pada kecekapan penggunaan bahan api iaitu sebanyak 4%. Ia kini berada di 7.3L/100km.

Proton tercabar dek jenama China lain?

Proton mungkin dah rasai persaingan segmen ini makin sengit. Mungkin mereka tak kisah sangat pasal jenama Jepun macam Honda CR-V ataupun Toyota Corolla Cross. Tapi, pesaing China inilah yang akan kacau sikit pertimbangan pengguna. Tahun 2024 kita dah ada Chery Omoda 5, Chery Tiggo 8 Pro.