PRU-15: Tak Ada Bukti UMNO, BN Bakal Menang Besar

Politics
25 Oct 2022 • 5:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rafizi Ramli - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memaklumkan, tiada data yang dapat menyokong keyakinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk ‘menang besar’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, kajian dijalankan parti itu, menunjukkan 78 peratus responden yang terdiri daripada pengundi tidak gembira dengan situasi ekonomi negara ketika ini, manakala 63 peratus tidak gembira dengan prestasi kerajaan.

“Jadi situasinya sekarang, sebulan sebelum PRU-15 adalah lebih teruk daripada apa yang rakyat rasakan 30 hari menjelang pilihan raya umum (PRU) pada tahun 2018.

“Pada 2018, sebanyak 60 peratus mengatakan tidak berpuas hati dengan ekonomi dan sekitar 50 peratus berpuas hati dengan prestasi kerajaan.

“Tapi sekarang lebih teruk. Itulah sebabnya, jika UMNO dan BN kata ia yakin. Saya nak bagitahu, tiada bukti menunjukkan parti terbabit akan menang besar, lebih lagi-lagi (mampu) membentuk kerajaan selepas PRU-15,” katanya pada ceramah ‘Ayuh Malaysia’ di Sungai Besar, Selangor malam tadi.

Rafizi berkata, kajian PKR itu dijalankan kumpulannya dengan mendapatkan respon daripada sejumlah pengundi setiap minggu, sebagai usaha mengenalpasti sentimen pengundi, namun Rafizi tidak menyatakan jumlah sebenar responden.

Rafizi berkata, rakyat merasakan sedemikian bukan kerana Pakatan Harapan (PH) berada dalam keadaan terbaik, namun kerana masalah negara masih tidak berubah.

“Ia lebih teruk apabila kos sara hidup mencanak naik,” tambahnya.

Beliau berkata, UMNO dan BN tidak seharusnya ‘terlebih yakin’ berdasarkan kemenangan di Johor dan Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, memandangkan peratus kadar keluar pengundi di situ rendah.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRU-15 pada 19 November depan, manakala penamaan calon pula pada 5 November ini. - The Vibes, 25 Oktober 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved