PRU16: DAP Johor akan pertahan lima kerusi Parlimen

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 12:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRU16: DAP Johor akan pertahan lima kerusi Parlimen
Nie Ching berkata, pihaknya akan buat yang terbaik untuk menghadapi PRU akan datang.

KULAI – DAP Johor bersedia menghadapi apa jua kemungkinan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), termasuk perkembangan berkaitan hubungan politik antara Pakatan Harapan (PH) dengan BN.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, parti itu tidak mahu terlalu bergantung kepada kedudukan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sebaliknya akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan sokongan rakyat.

“Kita akan buat yang terbaik untuk mempertahankan kerusi kita.

“Untuk DAP sendiri, kita akan buat yang terbaik untuk menghadapi PRU akan datang dan kami bersedia untuk menghadapi apa-apa jenis situasi,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Pada PRU16 lalu, DAP Johor memenangi lima kerusi Parlimen iaitu Labis, Kluang, Iskandar Puteri, Kulai dan Bakri.

Sementara itu, analisis berdasarkan keputusan PRU15 menunjukkan 13 daripada 14 kerusi Parlimen di Johor berada dalam zon merah atau kuning apabila jumlah undi PH dibandingkan dengan gabungan BN-PN.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan Pakatan Harapan (PH) berdepan risiko kehilangan 27 kerusi Parlimen, termasuk Tambun yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencapai persefahaman satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, berdasarkan ke-putusan PRU15, jumlah undi BN dan PN di kerusi terbabit secara matematik mengatasi undi PH.

Selain Tambun, kerusi berkenaan ter-masuk Sungai Petani, Balik Pulau. Sungai Siput, Tanjong Malim, Bentong, Raub, Kuala Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sungai Buloh, Shah Alam, Sepang, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Setiawangsa, Alor Gajah dan Hang Tuah Jaya.

Turut berada dalam kelompok itu ialah Sekijang, Ledang, Sri Gading, Johor Bahru, Labis, Segamat, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Tebrau

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved