DAP mungkin tidak jadi lebih kuat jika keluar Kabinet, hilang peluang beri imbuhan kepada pengundinya – Penganalisis

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DAP mungkin tidak jadi lebih kuat jika keluar Kabinet, hilang peluang beri imbuhan kepada pengundinya – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Tanpa kuasa dan suara dalam Kabinet kerajaan Madani, DAP tidak akan mampu untuk menyalurkan lebih banyak bantuan dan memenuhi permintaan para penyokongnya menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Wong Chin Huat berkata, sememangnya DAP akan hilang peluang untuk menghulurkan bantuan dan imbuhan kepada pengundinya kalau parti itu keluar Kabinet.

Bagaimanapun, katanya, dalam kalangan penyokong tegar DAP, mereka lebih pantang parti hilang prinsip dan pendirian daripada hilang kuasa dan imbuhan dan dalam kalangan ini, DAP mungkin menjadi lebih kuat.

Katanya, jika mengambil kira pengundi atas pagar yang mungkin lebih cenderung melihat tindakan ini secara negatif, kesan bersih (net effect) menjadi kecil sekali pun masih positif sedikit.

“Apa yang akan melemahkan DAP dengan jelas ialah jika UMNO turut bawa 30 kerusi BN keluar Kerajaan Madani dan memaksa PRU16 diawalkan, atau jika Pas tiba-tiba masuk Kabinet untuk mengisi kekosongan DAP atas dalil perpaduan Melayu.

“DAP akan disalahkan dan secara bersihnya (in net term) kehilangan lebih undi,” katanya hari ini.

Image from: DAP mungkin tidak jadi lebih kuat jika keluar Kabinet, hilang peluang beri imbuhan kepada pengundinya – Penganalisis
WONG CHIN HUAT

Menurut Chin Huat, jika DAP keluar dari Kabinet dan duduk di barisan belakang (backbench) kerajaan sahaja, ia akan dilihat dalam kalangan penyokong tegarnya sebagai berprinsip dan tidak akan berkompromi kerana kuasa dan imbuhan sebagai menteri.

Akan tetapi, katanya, ia akan dilihat oleh sebahagian pengundi lain yang mungkin melihat DAP sebagai kurang sikap setiakawan kerana menjarakkan diri daripada Pakatan Harapan (PH) apabila jenama ini menjadi kurang popular.

“Apabila kedua-dua ini dijumlahkan, secara bersihnya (in net term) DAP mungkin mendapat lebih sedikit undi. Akan tetapi, jika UMNO turut keluar kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubar Parlimen, maka undi yang DAP hilang mungkin melebihi undi yang ia dapat, kerana ramai akan salahkan DAP atas kejatuhan Kerajaan Madani.

“(Jadi saya menjangkakan DAP) tidak akan keluar Kerajaan Madani, tetapi kejutan boleh berlaku kerana undi perwakilan 4,000 ketika Persidangan Kebangsaan DAP adalah rahsia,” katanya. – UTUSAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved