Wawasan berisiko dipinggir dalam kerjasama UMNO-Pas

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 1:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wawasan berisiko dipinggir dalam kerjasama UMNO-Pas

PETALING JAYA: Parti Wawasan Negara (Wawasan) berisiko dipinggirkan dalam usaha kerjasama UMNO dan Pas sekiranya kedua-dua parti itu meneruskan pendekatan rundingan dua hala.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kedudukan Wawasan dalam usaha tersebut banyak bergantung pada sejauh mana Pas mempertahankan kepentingan rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional (PN).

Katanya, Wawasan mempunyai nilai sebagai pemudah cara dalam usaha kerjasama UMNO-Pas namun parti itu belum cukup kuat untuk menjadi penentu kepada bentuk kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan.

“Pas juga perlu mengambil kira tanggungjawabnya sebagai komponen PN kerana sekiranya parti itu menegaskan bahawa sebarang persetujuan mesti melibatkan atau sekurang-kurangnya mendapat persetujuan gabungan itu, ruang untuk Wawasan kekal terlibat masih ada.

“Pada peringkat awal, tawaran Wawasan untuk menjadi jambatan mempunyai nilai politik kerana hubungan UMNO dengan Pas belum mempunyai saluran yang jelas. Tawaran itu membantu menyampaikan isyarat dan membuka ruang perbincangan tidak rasmi.

“UMNO dan Pas mempunyai kepimpinan, struktur organisasi serta pengalaman kerjasama terdahulu yang membolehkan mereka berunding sendiri tanpa memerlukan orang tengah sekiranya kedua-dua parti itu sudah mempunyai saluran rundingan langsung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas pandangan yang disuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, Mohammad Tawfik berkata, sebahagian akar umbi dan pemimpin UMNO lebih selesa berunding dengan Pas berbanding PN secara keseluruhan. – UTUSAN

The post Wawasan berisiko dipinggir dalam kerjasama UMNO-Pas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved