PS5 dikemas kini dengan pemacu Blu-ray boleh tanggal dan storan 1TB

Gaming
11 Oct 2023 • 10:30 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sony mengumumkan model baharu konsol permainan PlayStation 5 (PS5) yang membawakan beberapa kemas kini bersempena dengan perayaan hujung tahun yang banak disambut tak lama lagi.

Perubahan paling ketara adalah pada dimensinya. PS5 baharu kini 30% lebih nipis agar tidak memakan ruang yang banyak di ruang tamu anda. Jisimnya juga berjaya dikurangkan sebanyak 18% supaya lebih mudah dikenalikan.

image is not available

Lebih menarik, PS5 versi Digital kini mempunyai pilihan untuk memasang pemacu cakera Blu-ray secara berasingan. Makanya, tak perlu pening nak pilih versi fizikal ataupun versi digital. Aksesori ini berharga USD80 (~RM378). Lagi yang dijual berasingan sekarang adalah kaki penyangga yang berharga UDS30 (~RM142).

image is not available

Port I/O juga telah dikemas kini. Anda beroleh 2 port USB-C di bahagian depan manakala di bahagian belakang anda beroleh 2 port USB-A. Lagi perubahan yang dibawakan adalah storan dalamannya kini betul-betul 1TB berbanding dulu 825GB.

Spesfikasi asas lain dilihat tidak berubah. Atas papan utama, ia masih dikuasakan pemproses berasaskan AMD Ryzen yang terdiri daripada 8 teras dan 16 bebenang pemproses bekerja pada kelajuan sehingga 2.5Ghz.

image is not available

PS5 baharu ini akan mula dijual sekitar November 2023 nanti dan akan menjadi satu-satunya model PS5 yang dijual selepas model "gemuk" dan digital sepenuhnya habis dijual. Harganya di US adalah USD450 (RM~2,128) (versi digital) dan USD500 (~RM2,365) (versi fizikal).

Model baharu PS5 ini harga untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Untuk rujukan, versi fizikal sekarang dijual pada harga RM2,499 manakala versi digital pada RM2,069.

Sumber: Sony

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved