PSM calonkan Mohd Sumali rebut jawatan Timbalan Presiden ASTAF

9 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

PSM calonkan Mohd Sumali rebut jawatan Timbalan Presiden ASTAF

Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) minggu lalu telah mencalonkan Presidennya, Datuk Wira Mohd Sumali Reduan, bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Mohd Sumali yang dihubungi wartawan Nadi Arena, Fadhirul Shuhaimi, telah mengesahkan perkara itu dengan dia sedia untuk bertanding pada Kongres ASTAF dan ISTAF yang dijadualkan berlangsung 9 Disember depan di Bangkok, Thailand.

Dan ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan dia turut bakal bertanding merebut jawatan Presiden atau Timbalan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Mohd Sumali tidak menolak kemungkinan ianya berlaku namun menegaskan dia masih lagi dalam tempoh pertimbangan sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.

Selain menjawat jawatan Presiden PSM, Mohd Sumali turut memikul tugas selaku Naib Presiden ISTAF.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved