FAM bakal putuskan Disember ini

LocalFootball
30 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: FAM bakal putuskan Disember ini

JAWATAN Ketua Jurulatih Harimau Malaya dan Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya awal Disember ini.

Ketika ini FAM hanya boleh mengesahkan ada permohonan untuk jawatan Ketua Jurulatih namun perkara ini harus dibincangkan secara teliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, ketika ini Harimau Malaya akan kekal dilatih oleh Tan Cheng Hoe, termasuk bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang China dan Yemen, bulan depan.

“Cheng Hoe masih ada lagi kontrak sampai 25 November, jadi Cheng Hoe akan bawa pasukan Harimau Malaya yang ke China. Berkenaan dengan jurulatih Harimau Malaya ni, FAM akan mengeluarkan kenyataan nanti apabila benda sudah selesai segala-galanya.

“Kita juga akan mengumumkan jurulatih Bawah 23 yang akan ke Sukan SEA dan kemungkinan sekali dengan Pengarah Teknikal secara serentak.

“Adalah, resume (jurulatih) ada, tetapi kita di peringkat FAM, kita tengok juga kemampuan, kesesuaian atau pun keperluan dari segi budaya, negara kita dan pelbagai pandangan.

“Mungkin sebelum hujung November atau pun awal Disember kena buat keputusan. Sebab kita akan terlibat dalam pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan YTL Group & FAM, semalam.

Sebelum ini, nama pengendali Jepun, Hajime Moriyasu disebut sebagai calon namun jurulatih itu dilaporkan tidak berminat.

Ketika ini, antara tuntutan yang mungkin dihadapi FAM adalah memastikan calon yang dipilih bukan sekadar mempunyai rekod mengagumkan, tetapi turut membawa visi pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan semasa bola sepak negara.

The post FAM bakal putuskan Disember ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved