PTT peroleh kontrak RM83.26 juta daripada Sime Darby Property

LocalBusiness & Finance
15 Sep 2026 • 5:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PTT peroleh kontrak RM83.26 juta daripada Sime Darby Property Image from: PTT peroleh kontrak RM83.26 juta daripada Sime Darby Property hamden15/09/2026 - 17:51 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Sept - Pembinaan Tetap Teguh Bhd (PTT) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd (PTTSB), menerima Surat Anugerah (LOA) bernilai RM83.26 juta daripada Sime Darby Property (BBR Business Park) Sdn Bhd.

 

PTT berkata LOA itu melibatkan cadangan pembinaan dan penyiapan kerja tanah serta kerja-kerja berkaitan bagi Pakej 6 (i34), Pakej 7 (Jalan Perhubungan Utama) dan Pakej 8 (i26 & i28), Fasa 1, Bandar Bukit Raja Tahap 4, Mukim Kapar, Daerah Klang, Selangor.

 

“PTTSB pada 15 September 2026 telah menerima LOA daripada Sime Darby Property (BBR Business Park) Sdn Bhd berhubung cadangan pembinaan dan penyiapan kerja tanah serta kerja-kerja berkaitan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

 

Nilai kontrak tersebut ialah RM83,263,060.29.

 

Menurut PTT, tarikh pra-pemilikan ditetapkan pada 15 September 2026, manakala tarikh pemilikan bermula pada 29 September 2026.

 

Tarikh siap bagi Pakej 6 (Unit Pendahuluan untuk i34) ditetapkan pada 28 September 2027, manakala keseluruhan projek dijangka siap pada 28 Mac 2028.

 

PTT berkata dari segi kewangan, LOA berkenaan tidak akan memberi kesan terhadap modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama PTT bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 hingga 30 Jun 2028.

 

Ia juga tidak dijangka memberi kesan material terhadap aset bersih PTT dan kumpulan syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 hingga 30 Jun 2028.

 

Bagaimanapun, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan Kumpulan PTT sepanjang tempoh LOA berkenaan.

 

PTT berkata pihaknya tidak menjangkakan sebarang risiko luar biasa selain risiko operasi biasa yang berkaitan dengan LOA tersebut.

 

“PTT akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko berkenaan sekiranya ia berlaku,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved