PU Azman Terima Hukuman Penjara Tambahan 14 Bulan, Netizen Masih Yakin Dia Tidak Bersalah

LocalEntertainment
7 Dec 2024 • 7:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pu azman

Pendakwah selebriti PU Azman, atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, telah dijatuhi hukuman penjara tambahan 14 bulan selepas mengaku bersalah atas kesalahan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki dua tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid, selepas representasi diterima oleh Jabatan Peguam Negara.

image is not available

Namun, di media sosial, ramai netizen masih percaya PU Azman tidak bersalah. Dalam tangkapan layar yang dikongsi pengguna X, ada yang menyatakan bahawa pengakuan tersebut mungkin dibuat secara terpaksa demi mempercepatkan penyelesaian kes.

Mengaku? Saya tetap tak percaya.- Tulis seorang pengguna.

Ada juga yang menyokong teori bahawa Azman mungkin telah menerima tekanan atau paksaan untuk mengaku melakukan jenayah yang dia tak buat.

image is not available

Selain itu, ramai yang mendoakan agar PU Azman diberi kekuatan dan kesihatan untuk menghadapi cabaran ini.

Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan. Peristiwa itu dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, Klang pada 10 Jun 2022.

image is not available

#OhmediaNasihat

Kes seperti ini menunjukkan betapa pentingnya kita menyerahkan keputusan kepada sistem perundangan.

Walaupun pandangan masyarakat bercampur-baur, kita perlu ingat untuk menghormati undang-undang sambil terus berdoa agar kebenaran sentiasa tertegak. Jangan mudah terpengaruh dengan spekulasi tanpa bukti kukuh.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X