PU Lokman Terkejut Lagu Haruman Terindah Viral - "Ia Satu Usaha Dakwah Dalam Hiburan"

8 Sep 2023 • 12:56 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Baru seminggu dilancarkan, lagu Haruman Terindah nyanyian PU Lokman Naufal sudah trending dan berada di carta pertama YouTube dalam kategori muzik.

Terkejut dan tidak menyangka, kata PU Lokman, dia menganggap ia sebagai salah satu usaha dakwah dalam industri hiburan.

"Saya gembira dan bersyukur kerana peminat suka dengan Haruman Terindah. Mereka banyak meninggalkan komen positif dan menganggap apa yang kita lakukan sebagai satu usaha dakwah dalam hiburan.

"Dengan tema kasih sayang, bait-bait lirik lagu ini begitu dekat dengan pendengar. Saya bahagia apabila ramai yang tersentuh dengan lagu ini meskipun ada yang sudah mendengarnya sebelum ini lagi," katanya bercerita.

Faktanya, lagu Haruman Terindah sudah pun dilancarkan pada 2020. Namun atas perbincangan dengan pihak pengurusan PU Lokman, mereka mahu merakamkan semula lagu berkenaan dengan susunan muzik yang lebih segar selain melancarkan lirik video baharu.

Lebih catchy





Penangan TikTok jadi viral balik!







image is not available

Penerbit terus cari bakat baharu








image is not available