PU Rahmat Buka Soalan Berkaitan Sumud 2.0, Perjelas Kenapa Ada Wajah Peserta Terpaksa Dirahsiakan

LocalPolitics
6 Apr 2026 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, Misi Global Sumud Flotilla 2.0 telahpun bermula dan dapat kita saksikan beberapa peserta yang menyertai misi tersebut sebelum ini, kembali turut serta dengan  beberapa lagi peserta baharu dari Malaysia.

Bagaimanapun identiti peserta baru ini difahamkan telah disulitkan, ia sekaligus telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengapa wajah mereka dirahsiakan.

Oleh itu, pendakwah dan aktivis kemanusiaan Rahmat Ikhsan atau dikenali sebagai PU Rahmat tampil menjawab persoalan tersebut.

Peserta pertama kali dirahsiakan kecuali Ahmad Faezal kerana…

Kata PU Rahmat menerusi Threads miliknya, ada beberapa faktor mengapa ada peserta yang perlu dirahsiakan wajah dan ada yang tidak dirahsiakan.

Katanya, mereka yang didedahkan wajahnya adalah peserta yang pernah mengikuti misi kemanusiaan tersebut sebelum ini.

image is not available

Namun, mereka yang baru pertama kali menyertai, biasanya akan dirahsiakan. Bahkan memetik laporan Kosmo!, identiti mereka dirahsiakan atas faktor keselamatan dan masalah lebih besar.

Bagaimanapun, berbeza dengan pempengaruh serta penulis dalam bidang analisis geopolitik Ahmad Faezal, PU Rahmat mengatakan bahawa beliau dari awal ambil risiko penuh dan ia merupakan tugasnya sebagai wartawan yang perlu dizahirkan.

image is not available

Sebelum ini, PU Rahmat memaklumkan bahawa kumpulan kedua untuk misi Sumud 2.0 telah berlepas ke Sepanyol baru-baru ini. Menurut laman rasmi gerakan tersebut, misi musim bunga 2026 bakal menghimpunkan lebih 80 bot dan lebih 1,000 peserta dari seluruh dunia.

Sumber : Threads 1, Threads 2, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.