
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kebanyakan filem atau drama yang dihasilkan kebiasaannya berdasarkan realiti sebenar yang berlaku dalam kehidupan manusia.
Kisah sebegitu sering menjadi pilihan penerbit memandangkan banyak mesej atau nasihat yang boleh disampaikan kepada penonton.
Namun, ada kalanya adegan atau imej yang disampaikan dilihat agak keterlaluan walaupun ia merupakan kisah sebenar yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.
Keadaan sebegini kadangkala boleh menimbulkan rasa kurang senang buat mereka yang melihat.
PU Syed Tegur Adegan Liwat & Cabul Dalam Drama Tempatan
Terbaharu, pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi teguran mengenai adegan liwat dan cabul dipercayai dalam sebuah drama tempatan
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya mengakui sememangnya wujud kejadian sebegitu yang tidak hanya berlaku di sekolah tahfiz namun turut berlaku di sekolah biasa.
“Itu tidak dapat dinafikan, bukan sekadar sekolah tahfiz, sekolah biasa pun banyak juga. Bahkan di luar sana, program LGBT, makhluk yang sesat itu ramai,” katanya.
Persoal Pemakaian Pelakon Yang Memakai Serban Ketika Adegan Liwat
Namun, PU Syed mempersoalkan pemakaian pelakon yang memakai serban dan berjubah ketika melakonkan babak liwat dalam drama tersebut.
Dia berpendapat adegan tersebut boleh sahaja dilakukan tanpa pemakaian pakaian berkenaan.
“Adegan memakai serban, tidur pun pakai serban, diliwat dan yang meliwat pun pakai serban.
“Apa benda ni? Kita nak tunjukkan apa? Nak tunjukkan teruk betul pemakaian tersebut. Maknanya, jangan percaya dengan orang pakai serban, pakai jubah dan sebagainya.
“Sepatutnya adegan tu, tak payah pakai serban pun boleh. Mana ada tidur di sekolah tahfiz pakai serban, kita pakai baju t-shirt dan sebagainya,” katanya.
Dakwa Boleh Beri Gambaran Buruk Kepada Individu Yang Memakai Serban
Jelas PU Syed lagi, dia berpendapat adegan sebegitu boleh memberi tanggapan buruk kepada individu yang mengenakan pakaian sedemikian.
“Walaupun cerita itu betul, menggambarkan keadaan di setengah sekolah yang ada manusia-manusia seperti itu, tetapi dengan gambaran memakai serban, ia memburukkan suasana atau menggambarkan orang pakai serban ni orang jahat, ini tak betul,” katanya.
Malah, PU Syed turut mengingatkan kepada penggiat seni berhati-hati dalam menghasilkan filem atau drama agar tidak sampai menghina agama.
“Kepada sutradara-sutradara dekat luar sana, kalau nak buat filem atau cerita, biarlah realiti itu benar dan janganlah sampai kita menghina agama kita sendiri. Minta maaf saya tegur perkara ini,” jelasnya lagi.
Ramai Pengguna Media Sosial Setuju Dengan Kenyataan PU Syed
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan dan teguran yang diberi oleh pendakwah berkenaan.
Mereka berpendapat adegan sebegitu tidak seharusnya diwujudkan apatah lagi melibatkan pemakaian serban ketika waktu tidur.
Malah, ada segelintir yang mempersoalkan niat sebenar pengarah atau penerbit dalam menghasilkan karya sebegini.
Sebelum ini, tular di media sosial sedutan babak drama tempatan memaparkan aksi tidak bermoral di atas katil oleh seorang lelaki berjubah dan serban yang cuba meliwat seorang anak muda.
Apa yang menjadi perhatian adalah adegan tersebut menunjukkan kedua-dua pelakonnya mengenakan pakaian jubah berwarna putih dan berserban.
Ini antara komen pengguna Instagram:
“Betul, Takkan Sampai Tidur Pun Pakai Jubah Serban, Sekadar Untuk Pengajaran Tak Perlu Macam Tu”

“Setuju Ustaz”

“Drama Macam Dah Tak De Idea Sangat Dah”

Baca Artikel Berkaitan: “Lagu & Klip Paling Sampah” – PU Syed Tegur Penyanyi Muda Pamer Adegan Separa Luc*h Dalam MV
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Boleh Terfikir Skrip Macam Ni?” – Ustazah Asma’ Tegur Dialog Drama Tak Sensitif Di Tanah Suci [Video]
Source:




![Lelaki Tegur Pemandu Bezza Jangan Biarkan Anak Keluar Kepala Di Tingkap Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
