“Menarik!” – Penganjuran Zoo Camp Oleh Zoo Negara Untuk Pengunjung Buat Ramai Teruja

8 Sep 2025 • 1:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Pada masa kini, ramai yang gemar melibatkan diri dengan aktiviti perkhemahan lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau masa terluang.

Kebiasaannya, kawasan rekreasi seperti air terjun dan hutan simpan sering menjadi pilihan untuk berkhemah dek kerana suasana yang menenangkan.

Namun buat peminat aktiviti ini, pernah tak korang terfikir untuk mencipta kelainan dengan berkhemah di lokasi yang unik dan berbeza dari kebiasaan seperti Zoo Negara?

Zoo Negara Anjur Zoo Camp Buat Pengunjung, Rasa Pengalaman Bermalam Di Zoo

Buat si kaki camping atau pencinta haiwan, Zoo Negara Malaysia akan menganjurkan Zoo Camp istimewa buat pengunjung.

Perkara itu diumumkan oleh mereka dalam satu hantaran di TikTok @znmzoonegara baru-baru ini.

Menariknya, peserta berpeluang untuk merasai pengalaman unik bermalam di zoo sambil menyertai aktiviti seperti Night Walk dan mengenali haiwan dengan lebih dekat.

Yelah, kebanyakan haiwan kebiasaannya aktif pada waktu malam. Zoo Camp inilah menjadi platform buat pencinta haiwan khususnya si kaki camping untuk mencipta pengalaman baharu yang istimewa.

Difahamkan, Zoo Camp tersebut akan diadakan selama dua hari satu malam pada 27 hingga 28 September 2025.

Peserta Hanya Perlu Bayar RM150, Peralatan Seperti Khemah & Makanan Disediakan

Bagi yang berminat, peserta hanya perlu membayar RM150 untuk menikmati kemudahan yang disediakan.

Bayaran tersebut merangkumi:

  • Tiket masuk ke kawasan keseluruhan zoo
  • Peralatan seperti khemah dan sleeping bag
  • Aktiviti seperti Night Walk, Bear Treats & Nature Play serta animal feeding.
  • Makanan seperti sarapan, makan malam dan makan lewat malam
  • Insuran serta e-sijil turut disediakan buat peserta.

Peserta tak perlu risau tentang keselamatan seperti akan diserang haiwan kerana tapak perkhemahan itu akan diadakan di Dataran Dato’ Ismail Hutson di Zoo Negara.

Buat korang yang berminat untuk menyertai Zoo Camp ini, korang masih berpeluang untuk menyertainya dengan mendapatkan tiket menerusi laman web ticket2u.

Nak tahu info lanjut mengenai Zoo Camp seperti tentatif atau tarikh lain yang akan dibuka, anda boleh layari Facebook, Instagram atau TikTok rasmi Zoo Negara serta laman web ticket2u.

Untuk info, aktiviti Zoo Camp ini mula diperkenalkan kepada orang ramai pada tahun 2022.

Tarikh pelaksanaannya pula akan diumumkan dari masa ke semasa oleh Zoo Negara di platform rasmi mereka.

image is not available

image is not available

image is not available

Ramai Teruja, Anggap Zoo Camp Pengalaman Menarik

Perkongsian yang telah mendapat lebih 595,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat aktiviti perkhemahan yang disifatkan unik dan berbeza dari kebiasaan.

Malah, ada yang menyatakan hasrat mahu membawa ahli keluarga mereka untuk menyertai program tersebut.

Pada masa yang sama, ada segelintir pengguna media sosial yang berseloroh mendapatkan kepastian sama ada haiwan di zoo dikurung ketika aktiviti perkhemahan berlangsung.

Bukan itu sahaja, ada yang pernah menyertai Zoo Camp ini berkongsi pengalaman mereka sendiri menyertai aktiviti perkhemahan tersebut.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Tahniah Zoo Negara, Menarik Program Ini”

image is not available

“Macam Menarik, Mesti Malam-Malam Seram Dengar Bunyi Harimau Mengaum”

image is not available

“Makanan Disediakan Berapa Kali? Makanan Tu Kita Yang Makan Atau Kita Dimakan?”

image is not available

“2 Tahun Lepas Saya Pernah Join Zoo Camp, Serius Best! Insya-Allah Nak Repeat Lagi”

image is not available

“Macam Mana Nak Join? Peralatan Khemah Semua Kita Sediakan Atau Disediakan?”

image is not available

Source: