“Tajam memerhati” – Lelaki Tak Dikenali Bersembunyi Dalam Semak Samun, Intai Wanita Jemur Kain

Entertainment
19 Aug 2024 • 5:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekarang ini, bermacam kes yang tidak diingini berlaku sehingga membuatkan kita berasa bimbang dengan keselamatan diri meskipun berada di rumah sendiri.

Tular satu kejadian baru-baru ini, terdapat seorang lelaki tidak dikenali mengintai wanita yang sedang menjemur kain di belakang rumahnya.

Video itu telah meraih perhatian netizen yang masing-masing berasa seram dengan kejadian yang berlaku di Keningau, Sabah.

Menurut wanita yang berkongsi beberapa rakaman video di TikTok, dia menyedari ada kehadiran lelaki bersembunyi dalam semak samun di belakang rumah selepas perasan akan pergerakan daun di kawasan itu dalam keadaan yang mencurigakan.

“Masa tengah jemur kain di belakang rumah, perasan daun tu bergerak-gerak.

“Saya terus masuk rumah, naik tingkat atas ambil telefon dan buka video baru nampak jelas.

“Rupanya ada orang tengah memerhati saya jemur kain,”katanya.

Katanya lagi, dia mendakwa lelaki yang bersembunyi dalam semak samun itu berkemungkinan warga asing berdasarkan wajahnya.

image is not available image is not available

Sempat buat panggilan polis

Bimbang akan keselamatan dirinya, wanita tersebut segera menelefon pihak polis mengenai kejadian itu.

“Sebelum polis sampai, polis tu pesan untuk perhati dia pergi mana dan jangan buat bising takut dia lari. So saya pun senyap-senyap rakam dari tingkap.”

Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat melarikan diri ketika anggota polis datang selain sukar pihak berkuasa bertindak cepat pada waktu itu disebabkan dipisahkan dengan pagar rumah.

@elegantcosmetics.shania

Replying to @Hanney Bee Tiada sudah sambungan ah gais. POLIS SAMPAI, DIA TERJUN LARI. JADI DIA TIDAK DITANGKAP.

♬ original sound – ElegantCosmetics.shania – ElegantCosmetics.shania

Namun, polis telah memintanya untuk membuat laporan untuk pihak berkuasa lebih kerap meronda kawasan itu.

Merisaukan! Harap pihak berkuasa dapat tangkap lelaki tu….

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.