Pukul warga emas sehingga maut, tiga ahli keluarga ditahan

5 Nov 2026 • 10:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pukul warga emas sehingga maut, tiga ahli keluarga ditahan

Polis menahan tiga ahli keluarga susulan kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai didera dan dipukul sehingga maut di Seremban, berpandukan bukti rakaman video tular di TikTok.

SEREMBAN: Tiga individu termasuk seorang lelaki dan dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai dipukul sehingga maut di sebuah rumah di sini. 

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata suspek berusia 28 hingga 34 tahun itu mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an.

“Hari ini, polis menerima laporan berkenaan satu video tular menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas berusia 60-an didapati didera oleh beberapa individu dan telah meninggal dunia semalam. 

“Susulan itu, polis menjalankan siasatan, sebelum menahan tiga individu tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alzafny berkata polis turut merampas beberapa barang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu, termasuk getah paip, sebuah kerusi roda, telefon bimbit dan pakaian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved