Video tular: Masalah keluarga punca tiga lelaki bergaduh di Plentong

1 Nov 2026 • 8:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Video tular: Masalah keluarga punca tiga lelaki bergaduh di Plentong
Video tular warga emas dipercayai dipukul di Plentong.

JOHOR BAHRU – Perselisihan faham berkaitan masalah keluarga dipercayai menjadi punca pergaduhan membabitkan tiga lelaki di hadapan sebuah kedai di kawasan Plentong, di sini, yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 hingga 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, polis mengesan video berdurasi dua minit enam saat yang memaparkan kejadian itu selepas ia dimuat naik menerusi akaun Facebook pada Sabtu.

"Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai hubungan kekeluargaan dan punca pergaduhan juga disebabkan masalah keluarga.

"Semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari sehingga 3 November ini bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, tular satu rakaman video berdurasi dua minit 54 saat memaparkan seorang warga emas dipercayai ditolak, disepak dan ditampar seorang lelaki di hadapan sebuah kedai mencuci kereta di Plentong.

Rakaman berkenaan mengundang kecaman pengguna media sosial yang meluahkan rasa simpati terhadap mangsa serta mempersoalkan tindakan lelaki terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved