Pulang dari program RXZ Members, penuntut wanita IPTS maut kemalangan

2 Aug 2026 • 11:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pulang dari program RXZ Members, penuntut wanita IPTS maut kemalangan

DUNGUN, 2 OGOS: Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 356, Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Bukit Besi dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata dalam nahas pada 4.55 petang itu, Arissa Shazzira Zainudin, 21, yang berasal dari Kuantan, Pahang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri Program RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak di Kuala Nerus.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR merempuh bahagian belakang sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubihi Triton yang berhenti di lorong kecemasan untuk berehat.

"Akibat daripada kejadian tersebut, mangsa tercampak ke tengah jalan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Nik Ab Halim berkata mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik Hospital Dungun, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved