Pulang selepas qiamulail, anggota tentera maut nahas

25 Sep 2026 • 6:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pulang selepas qiamulail, anggota tentera maut nahas

Image from: Pulang selepas qiamulail, anggota tentera maut nahas

IPOH – Seorang anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2RRD) Ipoh maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di simpang tiga Lebuh Meru Raya, di sini hari ini.

Mangsa, Lans Koperal Nasiruddin Hussin, 23, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 8.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, nahas membabitkan sebuah Perodua Myvi dan motosikal Honda RS ditunggang mangsa itu berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dipandu wanita berusia 21 tahun itu membelok keluar dari simpang lalu berlaku pelanggaran dengan motosikal yang ditunggang mangsa.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8.50 pagi ketika menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa ketika kejadian dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Taman Chepor Jaya selepas selesai mengikuti Program Qiamulail Perdana di Masjid An Nur Gua Permai, Kem Syed Putra di sini.

Mangsa dikatakan mahu menukar pakaian sebelum kembali ke kem bagi melaksanakan tugas. – KOSMO! ONLINE

The post Pulang selepas qiamulail, anggota tentera maut nahas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved