Pulau Pinang destinasi terbaik Asia Tenggara untuk dikunjungi

22 Oct 2026 • 8:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pulau Pinang destinasi terbaik Asia Tenggara untuk dikunjungi

GEORGE TOWN: Pulau Pinang muncul sebagai satu-satunya lokasi di Asia Tenggara yang ter­senarai antara 25 destinasi pelancongan terbaik dunia untuk dikunjungi sepanjang 2027 oleh National Geographic.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai ketika dihubungi berkata, pengiktirafan itu membuktikan daya tarikan Pulau Pinang yang menawarkan pengalaman pelancongan unik daripada warisan sejarah hingga keindahan alam semula jadi.

“Pulau Pinang berbangga ke­rana terpilih untuk berada dalam senarai tahunan berprestij itu sekali gus memberikan inspirasi dan alasan kukuh kepada pelancong untuk terus meneroka dunia termasuk Pulau Pinang pada tahun depan,” katanya.

Katanya, pemilihan Pulau Pi­nang dibuat menerusi proses pencalonan, penyelidikan serta pelaporan yang menyeluruh oleh pasukan pakar pelanco­ngan dan pasukan editorial antarabangsa Nat Geo Traveler.

“National Geographic men­ge­tengahkan keunikan Pulau Pinang yang menggabungkan ka­wasan bersejarah George Town yang diiktiraf UNESCO, pan­tai berlatarbelakangkan hu­tan hujan, perkampungan tradisional dan sungai bakau di Seberang Perai selain hab perindustrian moden,” katanya.

Hon Wai berkata, pengiktirafan terbaharu itu turut me­ngukuhkan reputasi Pulau Pi­nang sebagai destinasi pelancongan antarabangsa selepas negeri ini pernah diketengahkan oleh National Geographic pada 2025 menerusi liputan mengenai pulau terbaik di Asia Tenggara untuk menikmati makanan.

“Pengiktirafan antarabangsa ini mengukuhkan lagi daya tarikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan global. Ia mencerminkan keunikan negeri ini serta pengalaman yang terus menarik pengunjung dari seluruh dunia,” ujar beliau.

Beliau berkata, pengiktirafan daripada penerbitan ber­pen­ga­ruh seperti National Geo­graphic berpotensi mening­kat­kan profil Pulau Pinang di peringkat global, sekali gus mem­perkukuh tarikannya da­lam kalangan pe­lancong.

“Kejayaan ini adalah hasil ko­mitmen serta kerjasama ber­terusan oleh semua pihak dalam industri pelancongan di Pulau Pinang termasuk pengusaha serta organisasi berkaitan yang bersama-sama membangunkan dan mempromosikan sektor berkenaan,” katanya.-UTUSAN.

The post Pulau Pinang destinasi terbaik Asia Tenggara untuk dikunjungi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved