Pulau Pinang mampu jadi hab emas serantau – Steven Sim

LocalBusiness & Finance
15 Sep 2026 • 5:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pulau Pinang mampu jadi hab emas serantau – Steven Sim

SEBERANG PERAI – Pulau Pinang berpotensi muncul sebagai hab bazar emas berprestij di rantau Asia Tenggara pada masa depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.

Menurut beliau, hasrat itu mampu direalisasikan menerusi kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan dalam membangunkan serta memajukan ekosistem berkaitan industri emas di negeri ini.

“Saya lihat (langkah mewujudkan) hab bazar emas itu atau mungkin juga kemudahan untuk menyimpan emas tidak mustahil untuk dilaksanakan di sini (Pulau Pinang).

“Pembukaan kilang penapisan emas ini adalah langkah pertama ke arah visi atau cita-cita tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kilang penapisan emas baharu bertaraf antarabangsa milik Public Gold di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Pengasas serta Pengerusi Eksekutif Public Gold, Datuk Seri Louis Ng.

Steven berkata, Pulau Pinang tidak mustahil menjadi seperti Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India dalam industri emas, terutama ketika pembeli serta penjual emas kini mencari lokasi alternatif untuk menjalankan aktiviti perdagangan komoditi berkenaan.

Katanya, industri pembuatan emas di Pulau Pinang ketika ini menyumbang hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pembuatan serta pengeluaran barang kemas di Malaysia.

“Data ini secara tidak langsung memberikan asas yang kukuh kepada Pulau Pinang untuk berkembang sebagai hab bazar emas serantau pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Louis berkata, kilang penapisan emas berkeluasan kira-kira 4,038 meter persegi itu mampu menapis sehingga 10 tan logam berharga setahun.

Menurut beliau, pihaknya optimis kapasiti penapisan berkenaan dapat ditingkatkan sehingga 50 tan dalam tempoh lima tahun akan datang, bergantung kepada permintaan pasaran. -KOSMO! ONLINE

The post Pulau Pinang mampu jadi hab emas serantau – Steven Sim appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved