Pulau Pinang: Sekolah, institusi pendidikan dibuka seperti biasa esok

11 Oct 2026 • 6:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

GEORGE TOWN : Sesi persekolahan di Pulau Pinang esok berjalan seperti biasa berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua stesen pemantauan kualiti udara di negeri ini masih berada di bawah paras 100.

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), selain sekolah, semua institusi pendidikan yang berkaitan juga akan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, sebarang perubahan tertakluk kepada arahan terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) serta pihak berkuasa berkaitan jika ada.

“JPNPP bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak sekolah akan terus memantau bacaan IPU melalui sumber rasmi dan menilai perkembangan kualiti udara di lokasi masing-masing.

“Sebarang perubahan keadaan akan diteliti untuk tindakan sewajarnya, selain dimaklumkan kepada pihak sekolah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas JPNPP, pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah, termasuk sukan dan kokurikulum juga hendaklah mengambil kira bacaan IPU semasa serta tahap kesihatan murid dan warga sekolah.

Dalam hal ini, katanya, JPNPP komited untuk memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan terjaga, di samping memastikan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur.

Sementara itu, sehingga pukul 5 petang ini, keempat-empat stesen pemantauan kualiti udara di Pulau Pinang iaitu Minden, Balik Pulau, Seberang Perai dan Seberang Jaya menunjukkan bacaan IPU antara 30 hingga 57 iaitu pada kategori baik dan sederhana.

 

The post Pulau Pinang: Sekolah, institusi pendidikan dibuka seperti biasa esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved