Pulau Pinang terima RM100 juta, Perak dan Melaka dipacu sebagai hab industri

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pulau Pinang terima RM100 juta, Perak dan Melaka dipacu sebagai hab industri

PETALING JAYA: Pulau Pinang menerima suntikan RM100 juta untuk memperkasa sektor teknologi, manakala Perak dan Melaka dipacu sebagai hab industri, pelaburan serta pembangunan bakat menerusi Belanjawan 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana Pelaburan Strategik itu akan diwujudkan Khazanah dan InvestPenang bagi membantu syarikat semikonduktor serta pembuatan termaju pada peringkat awal pertumbuhan.

“Di Perak, pembangunan LuMIC sebagai hab maritim di Lumut akan dipergiat bagi menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan, manakala Automotive Hi-Tech Valley di Tanjong Malim diangkat sebagai hab automotif serantau.

“Bagi menggalakkan syarikat vendor automotif milik tempatan sepenuhnya memindahkan operasi ke kawasan berkenaan, potongan cukai diberikan terhadap kos penempatan semula yang layak sehingga RM5 juta bagi perbelanjaan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.

“Melaka akan diberi tumpuan sebagai destinasi pelaburan dan pembangunan bakat menerusi Melaka Centre of Excellence yang membuka peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah kepada anak Melaka melalui latihan TVET berteknologi tinggi,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari ini.- UTUSAN

 

 

The post Pulau Pinang terima RM100 juta, Perak dan Melaka dipacu sebagai hab industri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved