Belanjawan 2027: Pengiktirafan PTFC satu perkembangan positif – Kon Yeo

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 7:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Pengiktirafan PTFC satu perkembangan positif – Kon Yeo

GEORGE TOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 yang mengiktiraf usaha kerajaan negeri untuk dipeta sebagai pusat kewangan teknologi negara menerusi penubuhan Penang Technology Financial Centre (PTFC).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pengumuman berkenaan merupakan perkembangan positif dalam usaha negeri itu meneroka peluang baharu bagi memperkukuh ekosistem teknologi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah mengemukakan Kertas Putih PTFC kepada Kementerian Kewangan pada 23 September lalu sebagai langkah awal merealisasikan penubuhan pusat berkenaan.

“Sekarang, langkah seterusnya adalah mengemukakan PTFC Strategic Blueprint dan PTFC Action Plan menjelang November 2026 bagi memperincikan hala tuju, strategi pelaksanaan dan tindakan yang diperlukan untuk merealisasikan inisiatif berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Dalam perbentangan Belanjawan 2027 hari ini, Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan akan memperkenalkan Pulau Pinang sebagai Pusat Kewangan Teknologi Negara. Oleh itu, Khazanah dan Invest Penang akan mewujudkan dana RM100 juta bagi membantu syarikat semikonduktor dan pembuatan termaju pada peringkat awal pertumbuhan.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, susulan pengumuman Belanjawan 2027, kerajaan negeri akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kewangan bagi menubuhkan PTFC Federal-State Joint Committee.

Menurutnya, jawatankuasa bersama itu penting untuk menyelaraskan perancangan, memperincikan mekanisme pelaksanaan serta memastikan tindakan susulan dapat digerakkan secara bersepadu antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, pembangunan PTFC juga selari dengan hala tuju National Semiconductor Strategy (NSS) untuk memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktor global, termasuk membina keupayaan teknologi tempatan yang lebih maju dan berdaya saing.

Katanya, inisiatif itu berpotensi memberikan manfaat strategik kepada ekonomi negara menerusi pengukuhan industri pembuatan tempatan yang menyokong sektor E&E dan semikonduktor, sekali gus meningkatkan keupayaan syarikat tempatan untuk berkembang dalam rantaian nilai teknologi yang lebih tinggi.-UTUSAN

The post Belanjawan 2027: Pengiktirafan PTFC satu perkembangan positif – Kon Yeo appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved