Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan

17 Jul 2024 • 11:45 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Punca kematian bekas penuntut Universiti Pendidikan Malaysia (UPSI) masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika ditemui.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.

“Pakar belum dapat sahkan sebab kematiannya buat masa ini kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

“Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan punca kematian,” katanya.

Hussein turut mengesahkan sebuah kereta jenis Toyota, milik suspek yang juga kenalan mangsa telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, diputuskan Pending Laboratory Investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

Keputusan itu dibuat selepas proses bedah siasat dijalankan Pakar Patologi Forensik HSB selama lebih dua jam, bermula pada 3 petang sehingga 5.30 petang semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved