Punca Kematian Pendaki Gunung Liang Disahkan Akibat Hipotermia Atau Kesejukan Melampau

LocalHealth & Fitness
18 Oct 2025 • 1:03 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang pendaki yang ditemui dalam keadaan meninggal dunia seorang diri di Gunung Liang, Perak.

Lebih menyayat hati apabila mangsa dipercayai ditinggalkan berseorangan di gunung tersebut selepas mangsa tercedera ketika mengikuti ekspedisi Trans Slim dari Bukit Fraser ke Gunung Liang.

image is not available

Terkini, laporan bedah siasat Allahyarham Mustaqqeem Mansor mendapati mangsa meninggal dunia akibat hipotermia atau kesejukan melampau.

Proses bedah siasat jasad Allahyarham telah dijalankan semalam di Hospital Slim River, Perak oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, lapor Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: Kes Pendaki M*ut Di Gunung Liang, Polis Tahan 2 Malim Gunung

Artikel Berkaitan: Setiap Posisi Ada Tugasnya, Ini Peranan Sweeper Dan Posisi Lain Dalam Istilah Daki Gunung

image is not available
Allahyarham Mustaqqeem Mansor

Selepas proses bedah siasat selesai, jenazah mangsa difahamkan dibawa ke kampung halaman untuk dikebumikan setelah dituntut oleh ahli keluarganya.

Dalam masa yang sama, polis juga difahamkan telah menahan dua orang malim gunung atas kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit di sempadan negeri itu.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.