Punca utama eye bag

Health & Fitness
10 Jan 2026 • 4:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Punca utama eye bag
by Public Health M'sia

Eye bag tu bukan semata-mata “muka nampak tua”.

Kadang ia buat kita nampak letih walaupun tidur cukup. Self-confidence jatuh sikit demi sikit, sebab setiap kali tengok cermin, mata macam bagi signal “aku penat”

Dan yang ramai tak sedar, eye bag ni boleh jadi gabungan dua benda.

1. Lemak bawah mata yang makin menonjol bila umur meningkat

2. air yang terkumpul bila badan simpan cecair.

Sebab tu ada orang eye bag dia “kekal”, ada orang “datang pergi” ikut gaya hidup.

.

Kesan eye bag yang selalu orang rasa

👁️Kita nampak lebih tua dari umur.

👁️Muka nampak lesu dalam gambar.

👁️ Nampak macam tak cukup rehat walaupun sebenarnya okay.

👁️ Ada yang jadi makin kerap gosok mata, lagi cepat iritasi dan gelap.

Punca utama eye bag

  • Genetik dan umur. Ini paling biasa, struktur muka memang begitu, dan kulit makin longgar bila kolagen berkurang.
  • Kurang tidur atau tidur tak berkualiti. Bawah mata cepat bengkak, salur darah pun lebih jelas.
  • Garam tinggi dan kurang air. Makan masin malam, esok pagi bawah mata jadi “pouch”.
  • Merokok, alkohol, stress. Kulit makin cepat rosak, bengkak makin ketara.
  • Banyak skrin, kurang rehat mata. Mata jadi letih, kawasan sekitar mata cepat nampak “jatuh”.

.

Cara kurangkan, yang realistik dan boleh buat

✅ Letak kompres sejuk 5 hingga 10 minit bila bangun tidur. Ini bantu kurangkan bengkak yang sebab cecair.

✅ Kurangkan makanan masin terutama waktu malam, dan cukupkan air.

✅ Utamakan tidur yang betul, bukan sekadar “cukup jam”. Tidur lewat tapi berkualiti pun beza.

✅ Rehatkan mata bila banyak skrin. Buat rehat pendek setiap 20 minit, pandang jauh sekejap.

❌ Berheti rokok dan alkohol, dan cari cara kecil untuk tenangkan stress. Sebab stress tu bukan duduk dekat kepala sahaja, dia muncul dekat muka juga.

.

Dan satu perkara penting.

Kalau eye bag anda jenis “kekal” sebab faktor struktur dan umur, skincare boleh bantu rupa nampak lebih kemas, tapi biasanya tak hilang 100%. Yang banyak berubah ketara selalunya gabungan rutin, gaya hidup, dan bila perlu, rawatan klinik yang sesuai.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.