Puncak Alam dilanda banjir kilat, beberapa kawasan dinaiki air

5 Nov 2026 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Puncak Alam dilanda banjir kilat, beberapa kawasan dinaiki air
Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Puncak Alam di sini dinaiki air dalam kejadian pada Khamis.

KUALA SELANGOR - Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Puncak Alam di sini dinaiki air dalam kejadian pada Khamis.

Menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial, antara kawasan terjejas ialah Taman Seri Alam, Hill Park dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam.

**media[3701276]**

Selain itu, laluan dari arah Meru menuju Puncak Alam, berhampiran Penjara Koreksional, turut dilaporkan dilanda banjir lumpur sehingga menjejaskan pergerakan kenderaan.

**media[3701277]**

Keadaan banjir turut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan dalam kampus UiTM Puncak Alam berdasarkan rakaman video yang dikongsikan pengguna media sosial.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berhubung kejadian itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved